Admin baru dapat info pihak SPA telah mengeluarkan senarai calon yang layak menduduki peperiksaan pegawai Arkib S41 yang akan diadakan pada 1 April 2014 ini.
Semakan online panggilan menduduki peperiksaan Pegawai Arkib bagi gred S41 boleh disemak di sini:
http://domino.spa.gov.my/
Ok sedikit info tentang pegawai arkib gred s41 untuk makluman calon-calon:
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Jabatan Arkib Negara
Gaji minimum: RM1,909.00
Gaji maksimum: RM8,644.00
Kadar kenaikan gaji tahunan: RM225.00
Syarat lantikan:
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji Permulaan : RM2,112.86] dan
2. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
1. Mempunyai kelayakan di atas; atau
2. Lulus Peperiksaan Khas; dan
3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Untuk calon-calon yang akan menduduki exam pegawai Arkib S41 pada 1hb April nanti, dah tentu anda sedang sibuk nak dapatkan info dan soalan-soalan contoh peperiksaan Pegawai Arkib
bagi gred S41.
Kemungkinan besar team Infokerjaya akan mengeluarkan rujukan atau panduan khas untuk peperiksaan ini. Untuk makluman, team Infokerjaya sebelum ini telah pun mengeluarkan beberapa siri rujukan peperiksaan khasnya peperiksaan SPA.
Rujukan peperiksaan ini mengandungi contoh soalan dan jawapan bagi setiap seksyen termasuk juga soalan menyelesaikan masalah. Ianya sebagai panduan tambahan bagi calon lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
Esok dijangka panduan atau rujukan khas tersebut akan dilancarkan, nantikan makluman dari blog ini.
No comments:
Post a Comment