Thursday, March 27, 2014

Contoh Soalan dan Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41


Untuk makluman kepada calon-calon, peperiksaan bertulis Pegawai Arkib S41 akan diadakan pada 1 April 2014.
Merujuk kepada statistik yang pernah dikeluarkan, didapati 90 peratus calon yang gagal adalah kerana kurangnya persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang dijalankan.
Jadi dengan itu saya nak share maklumat ini supaya anda, calon-calon yang akan menghadapi peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 termasuk ke dalam statistik 10 peratus yang berjaya tersebut.
Semakan online panggilan menduduki peperiksaan Pegawai Arkib bagi gred S41.  Calon-calon boleh membuat semakan online di sini:
http://domino.spa.gov.my/online/jadual_am_peg_arkib.php?jawatan=Pegawai%20Arkib%20Gred%20S41&pemerolehan=SM20130244

Alhamdulillah, satu
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41 telah disediakan oleh  Tim Infokerjaya bagi membantu anda dalam menghadapi peperiksaan ini dengan penuh persediaan. Banyak testimoni daripada mereka yang mendapatkan pelbagai pakej rujukan kerjaya sebelum ini daripada  pihak Infokerjaya telah meraih kejayaan dalam peperiksaan bertulis bagi jawatan-jawatan yang diminta.
Saingan Sengit Untuk Berjaya Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Harus diingatkan bahawa persaingan untuk mendapatkan jawatan ini sangat tinggi, maka hanya calon-calon yang cemerlang dalam ujian bertulis ini sahaja yang akan berjaya menempatkan diri. Oleh itu, persediaan awal dan jitu perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan itu milik anda.
Format Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Secara amnya, format soalan peperiksaan gred S41 tidak banyak bezanya dengan mana-mana perjawatan yang sama, kecuali daripada segi skop soalan yang ditanya.

Peperiksaan
Pegawai Arkib S41 akan merangkumi 4 Seksyen iaitu:
  • Seksyen A : Pengetahuan Am Yang Berkaitan
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Sesuatu Masalah 
  • Seksyen C : Esei dalam Bahasa Melayu 
  • Seksyen D : Esei dalam Bahasa Inggeris 
 
Contoh Soalan Peperiksaan
Seksyen A - Pengetahuan am yang bersifat global tetapi berkaitan dengan Malaysia.
Jumlah soalan adalah sebanyak 50 soalan, manakala masa diperuntukan adalah selama 40 minit dengan markah diberikan sebanyak 30 markah. Bermakna anda punyai masa kurang daripada 1 minit untuk menjawab satu-satu soalan berkaitan pengetahuan am.

Contoh soalan yang berkemungkinan:

Siapakah Anak Malaysia Pertama Yang Menjawat Jawatan Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990)?

A.  Tan Sri Musa Hitam
B.  Tan Sri Razali Ismail
C.  Tun Mahathir
D.  Tan Sri Dr. Rais Yatim 
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah, selalunya soalan-soalan diberikan dalam bentuk permasalahan matematik.
Jumlah soalan adalah sebanyak 40 soalan yang perlu dijawab dalam 45 minit. Markah diperuntukan adalah 30 markah. Soalan bakal menguji kemampuan calon untuk menyelesaikan masalah dan kemahiran logik. Adakala soalan diberikan agak mengelirukan, jadi pemilihan jawapan yang tepat adalah sangat penting dalam seksyen ini.

 Contoh soalan yang berkemungkinan:











Seksyen C - Karangan berbentuk esei dalam bahasa Melayu
Calon akan diberikan 3 topik dan hanya perlu menulis esei berkenaan 1 topik sahaja. Masa yang diberikan ialah 1 jam. Esei yang perlu anda tulis perlu dan mestilah tidak lari dari skop tajuk yang diberikan, walaupun tiada jumlah perkataan dihadkan. Selalunya, soalan esei akan terdiri daripada topik yang memungkinkan anda untuk memberikan lontaran idea bagi satu-satu permasalahan atau isu.

Contoh soalan berkemungkinan:
  1. Pada Ogos 1966 satu bahagian dinamakan Perkhidmatan Perpustakaan Negara telah ditubuhkan dalam Arkib Negara Malaysia. Apakah tujuan penubuhannya, dan berikan kepentingannya kepada masyarakat dan negara?
  2. Kemukakan peranan dan kepentingan sesebuah negara mempunyai Sistem Pengurusan Rekod yang berkesan?
  3. Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Berikan pendapat anda tentang bagaimanakah cara paling berkesan untuk membolehkan orang ramai dan penyelidik mendapat akses tepat, berkesan dan cepat bagi mencapai bahan atau rekod berkaitan?
Seksyen D - Karangan berbentuk esei dalam bahasa Inggeris
Seperti mana seksyen C, calon perlu menulis esei berkaitan tajuk yang telah diberikan. Cuma bezanya ialah calon perlu menulis dalam bahasa Inggeris.

Cara penyampaian perlu berkesan, dan tatabahasa dalam menulis esei bahasa Inggeris adalah sangat penting. Ia perlu jelas dan menepati kehendak tajuk esei.
Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Pakej rujukan ini adalah terhad,jualannya dan ianya hanya dibuka untuk tempahan dan jualan bermula dari 25 Mac 2014 (jam 10 pagi) sehingga 30 Mac 2014 sahaja.
Mengapa? Kerana untuk member masa kepada calon calon membaca dan mengulangkaji rujukan tersebut seterusnya mendapat kejayaan dalam peperiksaan ini.
 
 
 

No comments:

Post a Comment