Exam Online Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Kami mendapat makluman bahawa exam untuk Jawatan untuk Penolong Penguasa Kastam gred W27 akan diadakan pada 5hb Ogos ni.
Admin kongsikan di sini info berkenaan jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00
Syarat Lantikan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Info tambahan lagi, seperti di bawah ni:
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang
berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan
Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Deskripsi Tugas :
i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket
harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai,
memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai
jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai
perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan
menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Jika anda salah seorang daripada calon, nantikan pengumuman berkenaan panduan untuk Exam online jawatan Penolong Penguasa Kastam gred W27 ini nanti.